Khamis, Oktober 16, 2008

Buatmu... ayahandaku.

Sayu rasanya pabila melihat rancangan Bersamamu TV3 beberapa hari lepas semasa makan malam di kedai makan medan selera Angkasa bersama teman serumah. Hampir saya menitiskan airmata tatkala menyaksikan penderitaan sebuah keluarga miskin di Bunut Susu, Pasir Mas. Lebih terharu melihat seorang ayah tua yang terlantar sakit dan tidak mampu bergerak ke mana-mana tanpa bantuan sang anak. Makin terkedu melihat sang anak yang taat dan setia berkhidmat dan berbakti kepada ayahnya. Menyiapkan sarapan, mandikan, menguruskan qadha hajat bahkan semua yg diperlukan orang tuanya yg terlantar sakit. Kalaulah saya mendapat peluang dan kesedaran seperti lelaki itu. Ya, dialah lelaki sejati meski umurnya belum mencecah akil baligh tapi dia lebih matang berbanding lelaki lain yg saya kenal sebelum ini. Sanggup tdk bersekolah semata-mata memberi peluang kpd adiknya kerana kemampuan mereka tdk seberapa untuk menampung dua orang ke sekolah. Si ayahnya sama seperti ayahanda saya setahun sebelum ayahanda saya menghembuskan nafas terakhirnya pada 3 Mei 2004 (kami adik-beradik panggil Cik-istilah panggilan yg relevan kpd ayah di Kelantan).


Ayahanda saya mengidap 'stroke' dan tdk boleh berjalan hampir setahun. Ketika saya menerima perkhabaran pertama kali Cik kena stroke saya berada di SMAP Labu. Kalut ribut balik kampung. Mujurnya Cikgu Roslan banyak membantu, cikgu Zulkifli juga. Budimu tetap kukenang guru2ku (semua guru lain juga). Sebelumnya saya berasa tdk sedap. Ternyata berkait dengan kesihatan Cik. Sudah byk kali berlaku sebegitu, namun saya sukar meramal. Firasat saya terbatas.

Sudah empat tahun ayahanda saya meninggalkan dunia fana ini dan menginap di perhentian seterusnya; alam kubur. Betapa hati saya tegar dan keras suatu ketika dulu kerana terlalu mengambil hati pada sikap ayahanda yg tdk dengar nasihat supaya makan berpada dan berpantang sikit. Betapa saya derhaka kerana merasa tdk senang dengan Cik kerana prejudis kepada saudara mara sendiri. Namun betapa saya seperti tdk menerima kenyataan dan tdk sanggup menangis tatkala ramai saudara mara datang menziarahi jenazah tapi saya berada di kubur membantu penggali-penggali kubur. Entah apa yg menimpa saya tatkala itu. Adakah meliburkan hati sendiri atau hati saya terlalu lara. Beberapa kali sahabat2 memesan supaya balik. Tapi saya tegar. Saya tdk mahu lg meratapi pemergian insan tercinta seperti saya menangisi pemergian adik Aisyah dulu... Arwah Aisyah, betapa istimewanya dia di hati kami. Ramai org di rumah bertanya di mana saya. Tp majoriti ahli keluarga saya memahami saya tatkala itu, seorang lelaki penuh rusuh. Abang Long, saya tak tahu reaksinya kpd sikap saya yg seolah beronar. Saya sebenarnya kehilangan rentak, dilema diri sendiri.

Namun saya tdk begitu kecewa, sekurang2nya saya sedang melunaskan wasiat Cik supaya belajar bersungguh-sungguh. Dia nak saya jadi orang berguna, jangan jadi seperti dia. Buat kerja ikut dan. Peraih ayam, penanam padi, tukang rumah, pendikir dan cikgu dikir. Tapi saya bangga dan amat bertuah jadi anak cik. Menjadi anak orang susah banyak mengajar saya. Mengajar bersabar, berpada-pada, tdk cerewet dan paling penting - berdikari. Saya mewarisi banyak kelebihan cik. Suara- yg menurut org sedap, bakat bersilat bahkan berdikir tanpa saya menerima pengajaran secara formal dari cik. Namun saya tdk menggunakan legasi2 ini untuk saya menjadi terkenal seperti Cik semasa mudanya. Gelaran cik semasa mudanya dalam dikir barat 'Anak Gua Hantu'. Berkawan rapat dengan seorang pendikir bergelar 'Anak Ikan Mas'. Pernah berpesan pada Abang Long spy mencari sahabatnya itu yg mungkin berada di Tanah Merah kerana Abang Long dapat mengajar di SM Teknik tanah Merah. Cik byk belajar silat masa mudanya. berpuluh gelanggang dia kata. Bahkan pernah ditawarkan seorang guru silat ilmu yg 'panas' namun ditolaknya krn amaran guru tentang ilmu ini amat bahaya jika tersilap pukul anak dan menanam padi pun tdk menjadi krn tangan yg panas. Namun cik tdk pernah menurunkan ilmu2 silatnya kpd kami.

Cik byk ilmu tp dia minta kami belajar sendiri dgn org lain. Mungkin ada sebabnya sendiri. Saya tdk kisah. Abang Long ajar saya Silat Terlak Empat. Dia belajar silat masa menuntut di SM Sains Tengku Faris Petra. Kadang-kadang ketika kami sparring cik turut masuk campur. Tapi sekadar bergurau. Cik pernah masuk gelanggang ketika abang long sparring dgn kawan2 dpn rumah, tak tahan lama tak sparring. diangkat je abang long. Penonton dari jiran2 terkejut melihat kebolehan Cik. Saya mewarisi darah seni cik. Kerana seni itu mendarahdaging dalam diri maka saya gunakan ia dalam mempersembahkan pengajaran saya.

Cik pun pandai ilmu tarannum tapi bila diminta ajar tak mahu. Masa tu saya masih beringus. Dia kata belajar tarannum bukan untuk bertanding. Mungkin dia memukul rata saya dengan abang long kerana abang long masuk bertanding dan dapat johan masa sekolah Tengku Faris. Maaf ye abang long, piala tilawah patah akibat kecuaian hamba. hehe... Saya belajar Quran dari 4 guru. cik sendiri, Mak, arwah Wok Pa, dan Pak Do Deraman. Biar sekadar tartil dan menguasai tajwid, itu yg penting. Ada jiran yg kata kenapa menyusah belajar dua guru (Wok dan Pak Do) nanti susah nak buat majlis khatam. Namun apa saya peduli. saya tak kisah petang dengan Pak Do dan malam dengan Wok. Bahkan Wok tak kisah asalkan saya rajin dan tidak mudah jemu. Mengaji dgn Pak Do pun jadi lancar sbb tajwid saya lbh bagus berbanding rakan2 lain. Kelebihan mengaji dgn Pak Do cepat khatam. Saya khatam ramai2 peringkat Dun Demit. Siap dapat sijil lg. tak ramai yg dapat khatam masa tu. Pak Do hantar yg sudah tamat dan sedang mengulang mengaji sahaja. Saya dan khatam dua kali dgn Pak Do. Ciklah org yg byk mendorong saya. Bahkan pernah dia menyatakan penghargaan krn kesungguhan saya mengaji. Meski saya lewat menekuni al-Quran tp saya cepat belajar. Sungguh cik pesan kalau nak belajar sekolah arab kena rajin mengaji Quran. Dia dulu sekolah arab juga. Tapi banyak ponteng sbb datuk saya bela lembu. Byk masa dia dgn lembu. Byk masa dia dgn sawah. Saya tak pasti sama ada dia salahkan datuk atau tidak. Tapi dia kata ustaz Husin sebaya dgn dia. Ustaz Husin mengaji rajin, sbb tu dpt lanjutkan pelajaran dan jadi ustaz. Cik sekadar belajar sekolah arab dan tak mampu melanjutkan pelajaran. Tapi cik tak kisah. Cik belajar byk benda yg orang lain tak belajar. Cik belajar dan mengajar dikir barat. Cik belajar silat. Cik tahu menukang juga. Walau Cik kerja biasa-biasa seperti kebiasaan orang kampung lainnya, Cik telah mendidik kami menjadi orang berguna. Kini saya masih ada Mak. Alhamdulillah…

Buat cik, sebuah puisi yang saya dedikasikan khusus kepadanya. Puisi ini saya hasilkan ketika musim latihan PALAPES tahun 2 dan disiarkan dalam sisipan dewan Sastera, Tunas Cipta Mei 2007.



Wasiat Ayah

Harum bau setanggi ketika ayah pergi
meninggalkan kami anak-anak si petani
yang berani dan berdikari
mengharungi arus globalisasi

Ayah tinggalkan sawah bendang
untuk kami kerjakan
atau kami biarkan
bendang ditumbuhi lalang.

Aku melangkah ke menara gading
abang kakakku semua sudah bersanding
hanya tinggal aku di bumi asing
tiada masa untukku bermain-main.

Wasiat ayah; jadilah orang yang berguna
kepada agama, bangsa dan negara
sayangi yang muda, hormati yang tua
agar hidup aman sentosa.

Wasiat ayahanda kata keramat
penuh nasihat bersulam hikmat
menjadikan aku seorang yang cermat
memilih jalan hidup yang selamat.


Hasbullah Haji Mohamed
Kuala Lumpur.
Tunas Cipta, Mei 2007.


1 ulasan:

Aku Bukan Umar Al-Khatab berkata...

salam'alaik tuan yang aku rindui... oh menusuk sekali penulisan akh kali ini... berbekas di hatiku paling dalam...

syukur aku masih punya ayah yang menyayangi... dan berazam untuk terus mentaati dan menyayangi... doakan aku ya akh...

dipanjangkan Allah umur... ingin sekali ketemu lagi... oh indah ramadhan lalu dapat bertemu kepimpinan baru PMK di iftar bersama TGNA... huhu.. kalian hebat!!

Myblogloglaq