Jumaat, April 04, 2008

puisi pagi jumaat

engkaukah yang datang bersama malam
dan terang siang bertukar jadi kelam

engkaukah yang hadir bersama janji
namun itu semua kau mungkir kini

engkaukah yang pergi bersama mentari
dan mencuri sinar indah waktu pagi

engkaukah yang datang mencekak pinggang
dan berlagak seperti pemburu bayang

engkaukah yang sekejap ada sekejap hilang
belum pun sempat aku menatap pandang

engkaukah dia yang datang tiba-tiba
dan mengatakan bahawa aku bukan pilihannya

engkaukah, engkaukah, engkaukah...
yang tiba-tiba pagi ini mengingatkan aku
bahawa kenangan dan nostalgia dulu
menjadi pahit ubat luka hati
yang lama berdarah di sanubari
dan jiwa nan lara..

Teratak Dayasari

*puisi -Hidup dan Rahsia- disiarkan dalam Tunas Cipta sisipan Dewan Sastera April 2008. Alhamdulillah.....

Tiada ulasan:

Myblogloglaq