Rabu, November 12, 2025
Alam Dan Manusia
Jumaat, Oktober 17, 2025
menghitung hari
Khamis, Oktober 16, 2025
pesan pada diri
Sesudah 5 tahun
Jumaat, Disember 25, 2020
Jumaat, Julai 05, 2019
Kisah pelik hari ini
Ada dua perkara yang saya rasa pelik berlaku hari ni yang saya rasa ada kaitan dengan peristiwa malam semalam, 1. Tersilap masuk tandas perempuan, paling hairan ada bekas tuala wanita. Tandas lgbt ke ni? Lama juga hairan.. 2. Duduk lepak kedai Cina, mula mula tanya mee Tuaran, dia kata takda masak, tanya air ada air tin saja. Ambik air tin duduk lepak 10 minit baru perasan kenapa ada arak, hiasan cina. Bangun, eh kedai cina!
Peristiwa sadis malam semalam kena pintu kedai yang dah kena tarik suku. Kuat bunyi. Bingung lama juga sambil gosok kepala. Tak sangka tinggal kesan.. Allahuakbar..
Selasa, November 08, 2016
kegagalan
bahkan adalah permulaan
ke arah suatu kejayaan
*permohonan tukar tidak diluluskan,
mungkin ada hikmah di sebaliknya.
hasmora
kota belud
080214 nov 2016
Sabtu, Oktober 15, 2016
PERHENTIAN MENULIS
ibarat perhentian sebuah pulau
bak kata bapak Hamka
ada yang tahu ianya perhentian sementara
ada yang lelah lalu tertidur lena, bangkit semula
ada yang terus menetap, hingga ditingglkan kapal
telah lma aku ditinggalkan
kawan-kawan yang baru
apatah lagi yang lama
setelah lama
masih lagi bertatih
sedang tiada yang menoleh
aku yang terkial-kial di belakang
dan begitulah kehidupan
tatkala kau terjatuh hampir
mereka menghulur tangan
apakah kau menyambut
atau hanya membiar
itulah pilihan yang ada
dan setelah itu
mereka sesekali tertanya
di manakah sudah kau tertinggal
atau sudah berkampung di tempat jatuh
jeda
jika dibiar lama
kau kan putus irama lagunya
begitu juga aku
terasa keras jari hendak menulis
perhentian menulis
entah yang manakah aku
harap bukan aku yang berenang
mengejar kapal kawan-kawan
menulis
menulis
menulis
biar kau hanya penulis kerdil.
hasmora
kota belud
151016
0538
SETELAH 7 TAHUN
ketika mula-mula hadir, mampir ke sini. aku bukan sesiapa.
pun kini bukan sesiapa juga. masih insan biasa.
entah diterima entahkan tidak. aku anak dagang.
lalu, dalam masih pencarian,
masih tiada menemukan satu yang mampu menjelaskan ...
dan bagaimana sebenarnya hendak dijelaskan
telah jauh perjalanan
tidak tahu masanya bilakah akan tiba
sudah tentu tidak tahu
masanya sudah ditentukan
hanyalah Tuhan yang maha tahu
titik titik perjalanan ini
bilakah akan berhenti ...
kota belud
15.10.16
5.28 pg
Jumaat, Februari 05, 2016
Terima kasih ToPPA
PERJANJIAN Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dimeterai di New Zealand oleh 12 negara anggota hari ini. Malaysia diwakili Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. - Foto BERNAMA
Sabtu, Jun 06, 2015
GEMPA BUMI DI SABAH
Jumaat, Jun 05, 2015
catatan 1/2015
Khamis, Februari 19, 2015
Pisang albanana
Asalamualaikum, kawan2
Perhatian:
Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendeda
han kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”
Rabu, Januari 21, 2015
Sabtu, November 29, 2014
pesbuk vs blog
ramai penulis
sudah berhenti
menulis blog
sangat aktif
menulis status
pendek-pendek
panjang-panjang
di muka buku
kemudian hilang
di garis waktu
termasuklah aku
sudah lama
tidak ke sini
sudah bersawang
sesekali hanya
berkongsi dari
kumpulan sosial
apa dah jadi?
whatsapp la tu
Rabu, Ogos 20, 2014
Samy Vellu dalam Sejarah
Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu h ampir 31 tahun.Malaysian Insider ada ceritanya, di sini.Berterus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna,kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.
1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"kita mahu meningkatkan sistem pos kalu bule Hari ni pos, semalam sudah sampai"
2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"
3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”
4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”
5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"
6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"
7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"
8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari” )
9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"
Disaat Pas mnfkafirkan Umno....apa ini orng Pas...smua org kafir...saya pun dia kata kafir.....
10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"
Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:
"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Ki ta hantar waktu malam"
"kita rasa sangat bersyukur karina angkasawan kita setelah sapuloh hari meninggalkan dunia akhirnya selamat dikebumi"
Itu saja setakat ini.Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu.
Bagi mereka yang hari nya stressful.. hehehe copy paste.
Sesiapa yg ada ini sila baca ini. Pasti akan turun stress anda.
No Ministers like DSV now.
Copy paste dari group WhatsApp
Rabu, Julai 02, 2014
Masih Mencari
Dan mereka masih mencari
Dengan bermacam teori konspirasi
Melingkari setiap minda manusia sedunia
Isyarat terakhir tetapi belum tamat
Tiada serpihan atau jasad yang timbul
Persoalan tidak terjawab bahkan semakin membesar
Mereka masih mencarimu
Kerana kau benar benar hilang.
Sabtu, Jun 07, 2014
PESAN IBU TENTANG AYAH
Anakku… Memang ayah tak mengandungmu..Tapi,Darahnya mengalir didarahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.
Memang ayah tak melahirkanmu...Tapi,Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.
Memang ayah tak menyusuimu...Tapi,Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.
Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...Tapi,Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.
Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...Kerana,Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.
Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...Kerana,Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.
Ibu hanya ingin kau tahu...Bahawa,Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.
Anakku dari dirinya juga terdapat surga bagimu.Maka,Hormati dan sayangi ayahmu.Kerana,Ibu adalah tulang rusuk-nya.
Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.
Berbahagialah yang masih punya ibu & Ayah.
PESAN IBU TENTANG AYAH
Anakku… Memang ayah tak mengandungmu..Tapi,Darahnya mengalir didarahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.
Memang ayah tak melahirkanmu...Tapi,Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.
Memang ayah tak menyusuimu...Tapi,Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.
Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...Tapi,Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.
Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...Kerana,Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.
Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...Kerana,Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.
Ibu hanya ingin kau tahu...Bahawa,Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.
Anakku dari dirinya juga terdapat surga bagimu.Maka,Hormati dan sayangi ayahmu.Kerana,Ibu adalah tulang rusuk-nya.
Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.
Berbahagialah yang masih punya ibu & Ayah.
Khamis, Disember 12, 2013
HARI PELEPASAN AM MALAYSIA 2014
1. JANUARI
HARI PELEPASAN AM MALAYSIA 2014: 1 Jan: Tahun Baru 2014 - kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu.
14 Jan: Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) - semua negeri.
17 Jan: Hari Thaipusam – Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang, Selangor sahaja.
19 Jan: Hari Keputeraan Sultan Kedah – Kedah sahaja.
31 Jan: Tahun Baru Cina – semua negeri.
2. FEBRUARI
1 Feb: Tahun Baru Cina (Hari Kedua) - kecuali Kelantan, Terengganu.
1 Feb: Hari Wilayah Persekutuan – Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan sahaja.
3. MAC
4 Mac: Hari Pertabalan Sultan Terengganu – Terengganu sahaja.
4. APRIL
15 Apr: Hari Pengishtiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah – Melaka sahaja.
18 Apr: Good Friday – Sabah, Sarawak sahaja.
19 Apr: Hari Keputeraan Sultan Perak – Perak sahaja.
26 Apr: Hari Keputeraan Sultan Terengganu – Terengganu sahaja.
5. MEI
1 Mei: Hari Pekerja – semua negeri.
13 Mei: Hari Wesak – semua negeri.
17 Mei: Hari Keputeraan Raja Perlis – Perlis sahaja.
27 Mei: Israk Mikraj – Kedah, Negeri Sembila, Perlis sahaja.
30-31 Mei: Pesta Keamatan – Sabah dan Labuan sahaja.
6. JUN
1-2 Jun: Hari Gawai – Sarawak sahaja.
7 Jun: Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong – semua negeri.
29 Jun: Awal Ramadan – Johor, Kedah, Melaka sahaja.
7. JULAI
7 Jul Hari: Ulang tahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia – Pulau Pinang sahaja.
12 Jul: Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang – Pulau Pinang sahaja.
15 Jul: Nuzul Al-Quran – Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor, Terengganu sahaja.
28-29 Jul: Hari Raya Aidilfitri – semua negeri.
8. OGOS
31 Ogo: Hari Kebangsaan – semua negeri.
9. SEPTEMBER
13 Sep: Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak – Sarawak sahaja.
16 Sep: Hari Malaysia – semua negeri.
10. OKTOBER
4 Okt: Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah – Sabah sahaja.
5 Okt: Hari Raya Qurban – semua negeri.
6 Okt: Hari Raya Qurban (hari kedua) – Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis sahaja.
23 Okt: Hari Deepavali - semua negeri.
24 Okt: Hari Keputeraan Sultan Pahang – Pahang sahaja.
25 Okt: Awal Muharam (Maal Hijrah) – semua negeri.
11. NOVEMBER
11-12 Nov: Hari Keputeraan Sultan Kelantan – Kelantan sahaja.
22 Nov: Hari Keputeraan Sultan Johor – Johor sahaja.
29 Nov: Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar – Johor sahaja.
12. DISEMBER
11 Dis: Hari Keputeraan Sultan Selangor – Selangor sahaja.
25 Dis: Hari Krismas – semua negeri.
CUTI PERTENGAHAN SEKOLAH PENGGAL 1:
21 Mac hingga 29 Mac 2014 – 9 hari.
CUTI PERTENGAHAN TAHUN:
27 Mei hingga 14 Jun 2014 – 19 hari.
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2:
12 Sept hingga 20 Sept 2014 – 9 hari.
CUTI AKHIR TAHUN:
21 Nov 2014 hingga 3 Jan 2015 – 44 hari.
UNTUK MEMUDAHKAN PERANCANGAN TAHUN 2014.