Catatan 2/2015
6 Jun
2015/Sabtu
Kelmarin, 5 Jun berasamaan
Jumaat kami di Kota Belud dan serata negeri Sabah digegarkan gempa bumi kecil. Rata-rata
kawan bercerita suasana panic masing-masing. Dalam whatsapp apatah lagi, dalam
semua group yang ada cerita pengalaman masing-masing. Apa yang rugi, masa tu
aku tidur! Aduhai ….
Gegaran beberapa saat mengubah
banyak keadaan terutama yang terdekat dengan gunung kinabalu, Ranau. Ada bangunan
yang rosak, pecah. Bahkan kabarnya ada struktur gunung di puncak yang patah,
telinga keldai katanya.
Kata seorang kawan, gunung
Kinabalu dah mula aktif tahun lepas. Dikuatkan berita ini apabila orang
menyaksikan ada asap yang keluar dsari sebuah tempat. Gegaran susulan pula
berlaku sekejap-sekejap selepas itu, tengahri dan malam.
Saya menyampaikan khutbah jumaat
sempena gempa bumi ini, menggunakan teks yang dikongsi sahabat dalam whatsapp. Dan
sempat juga berselfi selepas khutbah, alang-alang sudah buka telefon. Harap tiada
orang berburuk sangka, lagipun selfi sekarang bukanlah sesuatu yang luarbiasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan