Catatan 1/2015
4 Jun/Khamis
Sudah 2.15 pagi tapi kantuk beredar
dariku. Lalu kuputuskan untuk mengetik computer mencatat kisah ini.
1. Sesudah subuh
pagi ini selepas berdoa selepas wirid ringkas, kukemas beberapa kertas ke atas
meja, ketemukan kad undangan perkahwinan teman serumahsewaku dulu, Khalil
Zawawi yang berkahwin pada 4 Jun 2011, kerana telefon masih dicas aku
tangguhkan untuk snap sekeping gambar yang kucadang untuk kongsi di facebook. Tapi
kerana kesibukan yang tak dirancang aku gagal membuat demikian.
2. Kerana pentadbir
sudah mencariku kerana kelas tambahan ‘projek cemerlang’ PT3 hadapi masalah
kerana guru yang terlibat semua pulang bercuti di semenanjung, maka terpaksalah
aku memikul tanggungjawab ini walaupun rancanganku untuk ke Kota Kinabalu
tergendala. Menurut kata yang terlibat mereka tidak tahu menahu tentang kelas
tambahan waktu cuti kerana tidak dimaklumkan tentang jadual. Aku lagikan tidak
tahu kerana aku tidak terlibat secara langsung dengan PT3. 3 orang guru utama
pun tidak tahu, masakan aku. Maka yang mana ada membantu rakan yang pulang
sedaya upaya yang ada. Apa yang aku kecewakan dengan kelas projek cemerlang ini
adalah penglibatan murid, masakan mahu cemerlang jika dating tadah telinga
saja. Jenuh suruh buka buku dan tulis dia buat macam lembu kenyang. Nak denda
salah, tak denda jadi masalah. Ketika beginilah saya terkenangkan pemimpin yang
buat dasar paling bijaksana atas mukabumi ini.
3. Sebetulnya hari
ini bertembung dan berkumpul aktiviti yang perlukan komitmen aku. Daurah dan ziarah
oleh Tuan Guru Baba Eil Sepanjang di Pondok Tamau tidaklah dapat aku sertai. Pagi-pagi
sesudah subuh Cikgu Hamzah selaku Timbalan Mudir menelefonku supaya menjadi
wakil beliau yang ke Kota Kinabalu ada urusan di hospital, dan Mudir yang umrah
sudah 4 hari. Aku Cuma AJK biasa. Kerana masih ada setiausaha yang petah
bicaranya maka aku cadangkan dia sahaja. Alhamdulillah, Allah Maha Tahu betapa
aku rasa lega. Gementar sebenarnya berbicara di hadapan Tuan guru.
4. Sesudah kelas
tambahan sebenarnya akum ahu terus ke Kota Kinabalu. Isteri sudah wasap – setia
menunggu. Anak sudah dihantar pagi buta ke rumah pengasuh. Tiba-tiba dapat
panggilan entah siapa, nak beli parang, saya dari Nabawan! Terkesima, terpinga-pinga,
tertanya-tanya, bagaimana? Aduhai, cabaran sungguh hari ni. Kalau takda, takda
langsung, tenang sampai ke malam. Coobaaannnn. Layanlah tetamu tak diundang,
tak berjanji dan tiba-tiba datang. Masalahnya Cuma, hari khamis ni di mana mahu
cari parang! Kalau nak banyak hari ahad, di Tamu Mingguan. Kuubawa juga ke rumah tukang berasama kawan Ust Safwan dengan harapan adalah stok, tetapi nyata tiada juga. Maka pulanglah
tetamu mencari parang tanpa parang. Maaflah tuan, tiada rezekimu.
5. Sesudah zohor
bergeraklah hamba ke destinasi tujuan, Kota Kinabalu. Bini lapar, maka carrilah
tempat makan. Pesan nasi ayam penyet, bini ayam grill apa entah. Tempat makan
standard maka mahallah sikit. Bini pesan cendol. Nasi bini mungkin sedap sebab
tak komplen. Tapi nasi ayam penyet aku tawar, rempah pun tak rasa. Sedap lagi
ayam goring kunyit aku buat. Nama saja gerai Indonesia, maknanya kepakaran
mereka adalah makanan Indonesia. Cendol bini pulak gagal juga. Dengan harganya
RM 6.20 tetapi bukan guna santan tapi susu tepung! Gula manisannya sikit saja,
kata orang kampong saya tawar heber! Lain kali tak payah datang kedai yang
tidak ikhlas ini. Mahu untung tapi kualiti tidak diutamakan.
6. Selepas makan
maka singgah pula masjid negeri, solat asar. Selepas asar beli-belah di wisma
muis. Sesudah itu ke chirosteo – appointment treatment tulangbelakang dan sakit
urat. Alhamdulillah, cara yang paling berkesan setakat ini setelah banyak kali
tergeliat urat pinggan dan belakang dan terpaksa bertongkat ke sekolah.
7. Dalam perjalanan
pulang singgah pula di petronas Bakut. Sudah solat maghrib masuk kedai, beli
buahtangan untuk anak, bini ambil mainan lampu. Sudah bayar hairan kenapa
sampai 35 ringgit tengok barang berapa je pun. Rupanya mainan lamp utu saja
7.50 satu. Beli dua. Perghhhhh. Penangan GST kea pa nih. Beli dah bayar dah
ambik je lah.
8. Sampai di rumah
malas dah nak masak, penat. Layan Forum Perdana Ehwal Islam, best malam ni Ust
Dr Izhar dan Ust Nik yang suaranya
garau parau macam suara aku dengan penuh berani dan bertanggungjawab
menjelaskan tanggungjawab umat Islam dalam bercakap jangan ikut sedap mulut
pedal. Soalan dari facebook agak terganggu sedikit kerana liberalnya terlalu
kuat, hudud bukan dari alquran katanya, astaghfirullahal azim.
Jadi,
itulah sahaja catatan untuk kali pertama tahun ini sebagai mengubati sepi blog
yang sudah lama bersawang ini. insyaAllah cuba menulis dengan lebih kerap kali
ini sebagai latihan menulis artikel, cerpen dan sajak yang telah lesu tak
bermaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan