Khamis, Februari 18, 2010

Cuti raya Cina



Cuti raya Cina, kami ‘makan angin’ la juga. Saudara saya di Kota Marudu, Ustaz Rahim dan Kak Joh ambil kami di Kota Belud. Kami ke Kota Kinabalu sebelum ke rumah mereka. Perjalanan yang agak panjang. Sebenarnya saya agak bimbang, tidak ikut nasihat Ustaz Azman dan Ustaz Safwan aka Ujang. Tapi isteri terlalu ingin makan angin, tidak hirau dia risiko terhadap kandungannya yang hampir 3 bulan.

Hari isninnya kami ke Kundasang dan Ranau-Poring. Di Kundasang beli la sikit sayur. Taklah murah sangat, tapi agak segarlah. Kemudian kami kecewa bila ke Poring, orang terlampau ramai. Sendat tersumbat tiada ruang hendak parkir,tempat mandi pun penuh. Raya Cina katakan. Kami pun ke ladang Teh Sabah. Bergambar lebih kurang kemudian balik.

Alhamdulillah setelah menikmati percutian dengan saudara dan kawan-kawan baru di Kota Marudu, isteri saya tiada apa-apa walaupun risiko perjalanan terhadapnya agak tinggi.

2 ulasan:

MARSLI N.O berkata...

Sdr Hasmora: Jangan lekas putus asa dan tewas. Menulis terus, walau hanya sebaris kata. Yakinlah. Nanti pasti ada yang menjadi pulau juga.

MARSLI N.O

Hasmora berkata...

Sdr Marsli,

Bah.. :)

Myblogloglaq