Jumaat, Jun 18, 2010

Imam Muda dipertikai

Bagi saya, setiap sesuatu perkara ada pro dan kontra. Dalam perkara realiti tv, berapa banyak orang menghantar surat kepada surat khabar dan pertikaikan kewibawaan sesuatu rancangan itu.

Memang ramai juga yang pertikaikan apa faedahnya rancangan yang menghasilkan artis segera, melibur saja kerjanya. Tapi... tapi... berapa kerat orang yang hantar surat kepada surat khabar bagitau rancangan ni tak guna, merosakkan dan melalaikan. Tiba-tiba untuk rancangan yang baik ni ada. Agak musykil la saya rasa.

Imam Muda bagi saya adalah satu alternatif bagi rancangan hiburan itu semua. Rancangan yang memaparkan jalan solusi bagi mereka yang ingin membetulkan diri, mencontohi apa yang baik. Cuma saya agaklah, yang melihat Akademi Fantasi mungkin akan tukar rancangan kalau tertengok program Imam Muda ni, maklumlah Imam Muda disiarkan serentak di beberapa tv astro yang lain.

Peserta-peserta Imam Muda adalah mereka yang berilmu agama di peringkat tinggi. Salah seorang daripada mereka adalah sahabat saya di UM, Asyraf. Saya sempat membantu Asyraf @ Acap menjual kitab-kitab dalam kuliah kepada kawan-kawan dengan harga yang amat berpatutan.

Kebelakangan ni saya memang malas sikit nak kemaskini @ 'update' blog ni.. dan alternatif saya ialah baca surat khabar online dan kupas mana yang patut.

Kalau imam muda atas ni memanglah tak layak jadi imam pun sedangkan makmum di belakang jauh lebih layak.

Bacalah di bawah ni, saya tolong potong dan tampal surat tersebut yang bertarikh beberapa hari sudah.


'Imam muda tak layak pimpin solat, jurunikah

Berita Harian; 2010/06/15

SAYA rasa semua pihak sudah maklum mengenai rancangan yang disiarkan pihak Astro di saluran Oasis iaitu program realiti TV pencarian Imam Muda.

Tidak dinafikan program seperti ini memberi banyak peluang kepada anak muda menunjuk bakat mereka tetapi saya juga beranggapan pihak Astro janganlah mengambil kesempatan ke atas senario ini tanpa memikirkan impaknya. Agama bukanlah satu perkara yang boleh diperlekehkan. Ia tidak seharusnya menjadi bahan untuk mengaut keuntungan bagi sesetengah pihak. Ia sepatutnya dipelajari dengan penuh sifat ketakwaan bukan dengan niat untuk memenangi hadiah. Satu daripada hadiah yang bakal diterima oleh juara pertandingan ini adalah sebuah kereta bernilai RM150,000, lumayan sekali. Selain itu, pemenang akan menjawat jawatan imam di masjid utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Senangnya hendak menjadi imam sekarang ini, sedangkan perkataan imam itu sendiri membawa maksud yang amat dalam dan bukan calang-calang orang boleh digelar imam. Macam manalah agaknya nasib imam muda ini pada masa depan jika ada imam yang lebih layak menyandang jawatan itu.

Peserta Imam Muda ini mestilah berusia antara 18 hingga 27 tahun. Ternyata di sini apa yang saya nampak, golongan remaja yang bakal menjadi imam muda ini tidak sesuai untuk memimpin jemaah ketika solat, menikahkan pasangan yang bakal menjadi suami isteri malah lebih besar tanggungjawab yang bakal mereka kendalikan di kalangan masyarakat kita ini.

Jika seseorang itu berjaya menjadi imam muda, adakah secara tidak langsung ia akan mula menimbulkan perasaan riak dan takbur di dalam dirinya? Bagaimana imam yang berjiwa seperti ini mampu untuk membimbing makmumnya?

Saya rasa perkara ini tidak harus diambil sambil lewa dan tidak wajar dipermain-mainkan.

AHMAD NIZAM HASHIM,
Ampang, Selangor

1 ulasan:

jie justin berkata...

Assalamualaikum Pak Lah,
Dunia Tuhan ini sudah terbalik, bukan setakat akademi fantasia, rancangan seperti mentor, bintang RTM, One In a Million tidak pernah dipertikaikan malah semakin ramai yang menghabiskan wang ringgit untuk mengundi. Malangnya, usaha astro untuk mengilmiahkan muslim malaysia dgn mewujudkan program imam muda dipertikai. Kesannya, pada kita juga, program TV penuh dngn maksiat. Sikit sebanyak kita kena tempiasnya.

Myblogloglaq