Isnin, Disember 15, 2008

Catatan Eidul Adha 1429 H

Saya pulang ke kampung 1 nov dan tiba 8 pagi 2 nov, lewat beberapa jam dari kebiasaan. Jalan tiada masalah. Yang bermasalah bas, sakit wayar apa entah. Tiga jam tersadai di raub. Mujurlah sempat berhenti di masjid, taklah tercanguk tepi jalan sambil banci kereta yang lalu. Setelah tiga jam tibalah bas bantuan, alhamdulillah. Macam-macam kerenah manusia apabila bas buat onar. Ah, namanya bas. Makhluk mesin yang makan minyak. Tali minyak bermasalah maka bermasalah juga tayar. Macam orang sakit perut atau lalu cirit-birit, lalu tak sedap nak berjalan atau memang tak berjalan terus kecuali hendak ke tandas buang apa patut yang tak patut terus menetap dalam perut.


Raya haji tahun ni saya rasakan lebih suram berbanding tahun-tahun sudah. Entah apa yang kurang. Adakah kerana kawan-kawan kebanyakannya menamatkan zaman bujang dan memasuki zaman berumahtangga atau memang penyakit kota metropolitan tersebar ke kampung atau saya memasuki zon kesuraman kerana semua orang hanya menumpukan kepada merebahkan lembu,kemudian makan dan makan serta makan.


Hari pertama selepas solat i’dul adha singgah di rumah Kak Pah-Cikgu Jusoh. Makan nasi ayam (nasi dimasak dengan ayam dan berlauk ayam, bukan nasi basi utk diberi makan ayam). Makan bersama cikgu Jusoh, Fadzil dan Ustaz Ayie al-hafiz (imam dan khatib pagi raya nan syahdu itu). Sebelum ke rumah cikgu Jusoh sudah bersembang depan surau @ balaisah (istilah surau di Kelantan, sebutannya bbalasoh). Sebelum balik rumah singgah dulu rumah Fadzil. Tak lama duduk kerana rasa semacam ada orang di rumah. Ternyata sang sulong datang bersama anak-anaknya. Sekadar datang untuk beraya. Sudah beraya sekejap balik semula ke kubang kerian. Hari kedua baru dia korban, dek orang seremban belum sampai lagi. Kak ti dgn Abg Yie bertolak hari raya pertama dan tiba petang. Dekat setahun juga saya tak sampai rumah kak ti kat Seremban, Taman Angsa Mas.


Acara hari pertama ialah membantu anak beranak Mak Teh terutama Abang Zul @ Sulaiman. Dua ekor rebah pagi tu. Sekejap je tolong kemudian berehat dek hujan turun agak lebat. Hanya pergi semula untuk menjamu selera. Huh, tak larat dah nak main hujan..hehehe...


Petang pulak makan nasi kat rumah Ustaz Ayie, akikah anak sulung dia. Sempat juga bersembang dengan abang ipar dia. Seorang ustaz. Sembang sekitar kawan-kawan dia yang mungkin kami kenal. Pergi dgn ustaz Padil, bakal pengantin baru masa tu. Masa pagi saya dah kena satu pukulan dgn Ustaz Ayie, ptg tu sekali lagi.. aih.. tak larat dah duk tahan. Mentang2 dia dah membuahkan hasil dan Padil pulak akan menamatkan zaman bujang hari raya ketiga, maka saya yang sebaya ni menjadi objek sindiran mereka. Tak pa.. tak pa... alahai.. ada jodoh tak kemana syeikh.. ada rezeki kawin jugak la ana.. eh enta ni...


Hari kedua tiba giliran dua ekor lembu dua keluarga berbesan, Pak Muda ‘n’ Mak Do Semah. Jodoh bertemu antara Rahim dan Khadijah. Pasangan ni saya kenal sejak kecil. Siapa sangka jiran sebelah menyebelah terjatuh hati sehingga masing2 mengutipnya lalu membelainya dan menyatukan hati itu ke alam rumahtangga! Oleh demikian stigma masyarakat kini yg memandang sebelah mata kpd perkahwinan sesama kampung seperti zaman dahulukala harus diubah.


Pada lembu yang abang Long saya ada bahagian padanya, saya diswastakan supaya menangani bahagian kepala. Puas saya kehel hingga hampir putus asa dan otak lembu pun nampak semacam nak hancur saya kerjakan. Akhirnya sang otai, Ustaz Rahim tolong saya selesaikan masalah kepala lembu. Hasilnya tetap saya nikmati, meski otak kari saya buat sedikit masin dan dikomen teruk oleh abang long. Ah, nak sedap sendiri buat laa! kekekekeee..


Malamnya akad nikah Padil ngan Shahlawati di Masjid Mukim Jejuluk, Imam Yahya ayahnya Mujahidin sebagai jurunikahnya. Saya dan adik Padil, Azmi jadi jurukamera. Mental sungguh pabila bateri berkurangan kekuasaannya. Paling syok ialah khutbah nikahnya. Lama sungguh tak dengar ceramah Imam Yahya @ Tok Imey Ya. Jeligha molek ssero. Terasa nak kawin cepat sahaja..uhuk..uhukz..hehee...


Selepas majlis akad beramai-ramai ke rumah shahlawati utk menjamu selera. Pakat-pakat duk sakat Padil, nasihat tak payah balik. Padil pun nampak semacam. Alahai, kalau aku entah macammanalah. Nyaris kena tinggal Si Padil sbb senyap je bila saya tanya nak balik ke tak. Ketika makan ada satu point penting sang imam sebut, tentang peranjangan atau pelamin. Katanya orang hanya tahu minta borang kawin tapi tak minta pendapat tentang pelamin. Pelamin memang legasi warisan Hindu. Ustaz Padil tahu itu. Tapi tambah Imam Ya lagi, dah kalu org sedia.. duduk sajalah...


Raya ketiga walimah rumah Ustaz Muhsin. Saya ke rumah Ustaz Sin dulu sebelum ke rumah Shahlawati. Berkejar-kejaran dari rumah ke teratak baru Zulkhairi terus ke Lorong Wakaf Sena sebelum ke Kg Banggu.


Raya haji kali ni satu lagi pasangan @ kawan saya diijabkabulkan; Ustaz Fakrudin dan Ustazah Asmak ul Mukmin. Katanya ustaz Halim, hati terpikat ketika praktikal di sekolah yg sama. Mengenakan pakaian pengantin sedondon biru. Majlis sederhana sahaja. Saya pergi sudah lewat, bersama adik. Di majlis ini ketemu cikgu Hazmi, guru Fizik SPM saya. Lama sungguh tak berjumpa. Sekarang mengajar di Politeknik Kok Lanas.


13 Dis saya kembali ke Kuala Lumpur untuk program tahsinul Quran pada 15 – 24 Disember 2008. Perjalanan ke Kuala Lumpur hanya alami masalah pendingin hawa yang bikin onar... mujurlah dah tgh malam, sejuklah sikit bila pintu angin atas bumbung dibuka.. alahai bas, ada-ada saja... Alhamdulillah... Kuala Lumpur, aku kembali menghirup udara ‘nyamanmu'!


Gambar2 lain sekitar perkahwinan Ustaz Fadzil dan Shahlawati:


kawan sejak kecil, dah besar kawin plak dia.. :)


orang kata saya makin gemuk, aih apa sangat nak banding ngan Padil..kekeke

tiga sahabat berkumpul bersama tanpa seorang lagi pengantin baru yg masih tak balik... tika inilah paling sedap mengata, buat andaian masing2...hahaha... saat2 begini pasti hanya satu nostalgia suatu ketika nanti... kerana ada majlis ini baru dapat berkumpul begini... ah... zaman dah berubah...

Tiada ulasan:

Myblogloglaq