Jumaat, Disember 25, 2020

Terbang

 20 tahun lalu kubayangkan

Kereta berterbangan

Ironi, kapal terbang pun tak boleh



Jumaat, Julai 05, 2019

Kisah pelik hari ini

Ada dua perkara yang saya rasa pelik berlaku hari ni yang saya rasa ada kaitan dengan peristiwa malam semalam, 1. Tersilap masuk tandas perempuan, paling hairan ada bekas tuala wanita. Tandas lgbt ke ni? Lama juga hairan..  2. Duduk lepak kedai Cina, mula mula tanya mee Tuaran, dia kata takda masak, tanya air ada air tin saja. Ambik air tin duduk lepak 10 minit baru perasan kenapa ada arak, hiasan cina. Bangun, eh kedai cina!

Peristiwa sadis malam semalam kena pintu kedai yang dah kena tarik suku. Kuat bunyi. Bingung lama juga sambil gosok kepala. Tak sangka tinggal kesan.. Allahuakbar..

Selasa, November 08, 2016

kegagalan

kegagalan bukanlah penamat
bahkan adalah permulaan
ke arah suatu kejayaan

*permohonan tukar tidak diluluskan,
mungkin ada hikmah di sebaliknya.

hasmora
kota belud
080214 nov 2016

Sabtu, Oktober 15, 2016

PERHENTIAN MENULIS

berhenti menulis
ibarat perhentian sebuah pulau
bak kata bapak Hamka

ada yang tahu ianya perhentian sementara
ada yang lelah lalu tertidur lena, bangkit semula
ada yang terus menetap, hingga ditingglkan kapal

telah lma aku ditinggalkan
kawan-kawan yang baru
apatah lagi yang lama

setelah lama
masih lagi bertatih
sedang tiada yang menoleh
aku yang terkial-kial di belakang
dan begitulah kehidupan
tatkala kau terjatuh hampir
mereka menghulur tangan
apakah kau menyambut
atau hanya membiar
itulah pilihan yang ada

dan setelah itu
mereka sesekali tertanya
di manakah sudah kau tertinggal
atau sudah berkampung di tempat jatuh

jeda
jika dibiar lama
kau kan putus irama lagunya

begitu juga aku
terasa keras jari hendak menulis

perhentian menulis
entah yang manakah aku
harap bukan aku yang berenang
mengejar kapal kawan-kawan

menulis
menulis
menulis

biar kau hanya penulis kerdil.

hasmora
kota belud
151016
0538

SETELAH 7 TAHUN

setelah tujuh tahun, di bumi sabah. negeri pagi
ketika mula-mula hadir, mampir ke sini. aku bukan sesiapa.
pun kini bukan sesiapa juga. masih insan biasa.
entah diterima entahkan tidak. aku anak dagang.
lalu, dalam masih pencarian,
masih tiada menemukan satu yang mampu menjelaskan ...

dan bagaimana sebenarnya hendak dijelaskan
telah jauh perjalanan
tidak tahu masanya bilakah akan tiba
sudah tentu tidak tahu
masanya sudah ditentukan

hanyalah Tuhan yang maha tahu
titik titik perjalanan ini
bilakah akan berhenti ...

kota belud
15.10.16
5.28 pg

Myblogloglaq