Ahad, Julai 11, 2010

Tengok boleh, percaya jangan


1. Saya tak berniat sakiti hati sesiapa yang menjadi peminat fanatik atau tidak kepada sukan bolasepak ini.

2. Saya bukan seorang kaki bola dan menonton perlawanan bola sepak tidak kira piala apa sekalipun bukan kegemaran saya. Saya tidak pernah menonton perlawanan bola sama ada di stadium Sultan Muhammad ke-4 mahupun di Bukit Jalil, sedangkan ramai rakyat Kelantan pakat-pakat 'turun' KL semata-mata nak tengok Kelantan bermain di peringkat menentang Selangor (tahun lepas). Padahal, Stadium Bukit Jalil setengah jam sahaja dari rumah sewa saya di Pantai Dalam! -memang ada lelaki mahupun manusia seperti saya dan ia bukanlag sesuatu yang pelik.

3. Maka apa yang saya katakan ini mungkin tidak terkena kepada saya sendiri kerana saya memang tidak buat, supaya cakap tidak serupa bikin. Maka bacalah tulisan saya kali ini sebagai renungan dan muhasabah diri.

4. Melihat gambar di atas, bagi kita orang Islam jelaslah ia tidak lebih dari syirik dan khurafat semata-mata. Mungkin ia kebetulan ataupun memang dirancang seseorang dalam permainan besar di peringkat dunia. Saya ada dengar dari seseorang yang mengatakan bola sepak tidak ubah seperti tinju WWF yang telah ditentukan siapakah pemenang dan siapa perlu kalah. Saya juga ada dengar orang bercakap bahawa perlawanan akhir antara Kelantan dan Selangor tahun lepas pun seolah-olah ditentukan, pemain Kelantan mungkin dibayar supaya bermain hambar dan tidak menentang habis-habisan supaya tidak menyukarkan kemenangan kepada lawan. Saya pun bukan percaya pada percakapan orang kerana itu mungkin andaiannya atau dia pun dengar-dengar orang bercakap juga.

5. Dalam kes sotong dan burung di atas, orang Islam memang dilarang sama sekali mempercayai bahawa nasib mana-mana negara boleh diramalkan oleh makhluk dua ekor ini. Bahkan dua ekor makhluk yang tak menahu apa ke benda bola ini menjadi tok bomoh besar bagi mereka yang bertaruh @ berjudi.

Allah telah memberi larangan keras seperti yang telah termaktub dalam kitab-Nya yang suci yang bermaksud;

"Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah "pada kedua-duanya dosa besar dan ada pula manfaat bagi manusia tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya. dan mereka bertanya pula kepada kamu: apakah yang mereka belanjakan (dermakan)? katakanlah: (dermakan apa-apa) yang berlebihan daripada keperluan (kamu) demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya (keterangan-keterangan hukuman) supaya kamu berfikir" (Al-Baqarah:219)

6. Sukan itu riadah dan riadah itu sunnah Nabi saw namun akan menjadi khurafat dan maksiat jika interpretasinya dalam kehidupan seharian melencong jauh dari landasan Islami..

Berfikirlah kita sebagai manusia selaku makhluk dikurniakan Allah akan akal untuk berfikir, bukan untuk belit-membelit.


Selasa, Julai 06, 2010

Kekatakan



Malam tadi ada sekor katak tiba-tiba masuk rumah, geram nak tangkap buat umpan mancing ikan haruan @ jalak (Sabah). Entah ke mana sudah pergi. Entahkan mati katak dalam rumah saya.

Pagi ni terjumpa banyak video tentang katak dalam internet. Dari sajak Marsli NO, budak sekolah bedah katak, katak berebut lalat, sampailah lagu katak si katak lompat.

Saya rasa, ahli politik yang dikatakan terkena virus katak itu belum lagi pulih-pulih dan sudah kenyang makan lalat dunia, kemewahan haram nan sementara.

Nikmatilah beberapa video dari youtube ini:









lompatlah selagi mampu lompat...

Myblogloglaq